Sabtu, 29 Oktober 2011

10 Jenis Shalat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA

OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.    Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.    Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.    Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.    Orang lelaki yang melarikan diri.
5.    Orang lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (Taubat).
6.    Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.    Orang perempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudung.
8.    Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.    Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


Tidak ada komentar:

Posting Komentar